Tuesday, June 10, 2008

Pengenalan (2)

Apa Yang Perlu Kita Tahu Tentang Penghabluran?

Sebelum kita boleh memahami bagaimana proses penghabluran berlaku, kita terlebih dahulu perlu memahami sejumlah fenomenon. Penekanan terhadap lapisan bawah fasa keseimbangan adalah sangat penting; kita perlu tahu di mana fasa berhablur adalah berkemungkinan dapat terhasil di bawah syarat-syarat yang diketahui. Persoalan ini sudah tentu melibatkan pertanyaan tentang termodinamik.

Di samping itu, kita juga mesti memahami isu yang berligar tentang kadar di mana penghabluran mula berlaku—iaitu keadaan di mana kinetik penukluesan (kadar di mana hablur baru mula terbentuk) dan pertumbuhan (kadar di mana hablur yang wujud mula bertumbuh) merupakan dua aspek yang terpenting. Kedua-dua peristiwa kinetik ini mempunyai asasnya dalam fenomena tahap molekul dan ini membayangkan kepada kita untuk turut memerlukan sesuatu kefahaman dalam kimia keadaan pepejal.

Pada tahap proses, kawalan saiz hablur dan saiz agihan adalah sangat mustahak. Ketika ini, kita membina kefahaman bagi keseimbangan populasi bagi merangka keseimbangan jisim dan tenaga yang dijelaskan oleh jurutera kimia. Akhirnya, aliran proses dengan seksyen prosesnya adalah di mana penghabluran mula mengambil tempat. Dan keadaan ini mestilah diketahui dan dikenalpasti. Adakah proses kelompok atau selanjar? Adakah sistem sepenuhnya bercampur kepada larutan dan hablur atau adakah masa agihan maustatin (residence time distribution, RTD) bagi satu atau dua untuk perbezaan fasa daripada yang dirujuk kepada kes yang sepenuhnya bercampur? Jawapan kepada persoalan ini bergantung kepada tabii aliran proses, dan justeru itu bendalir/mekanik bendalir bagi pengembangan hablur di dalam penghablur.

Rajah 1.1 jelas menunjukkan beberapa fungsi yang membingkai persoalan tentang penghabluran. Interaksi antara kinetik, aliran proses di dalam penghablur dan saiz agihan hablur adalah diilustrasi pada rajah 1.2 pula. Dalam rajah ini memberikan gambaran besar asal yang perlu ada dalam proses kejuruteraan yang melibatkan penghabluran (Randolph and Larson, 1988)

Rujukan:

Randolph, A. D. dan Larson, M. A. (1998) Theory of Particulate Processes. 2nd edition. Acdemic Press. New York.

No comments: