Monday, June 9, 2008

Pengenalan

Mengapa Penghabluran?

Penghabluran merupakan teknik penulenan, proses pemisahan dan sebahgaian daripada teknologi zarah. Malah, bidang penghabluran juga dikenali sebagai salah satu bidang yang utama dalam kejuruteraan kimia dan proses. Penghabluran juga merupakan proses supramolekul di mana himpunan secara rawak bagi molekul, ion atau atom dalam bendalir yang sekaligus membentuk dan melakukan penyusunan molekul 3 dimensi yang akhirnya kita lebih kenali sebagai hablur. Dewasa ini, pembentukan dan pertumbuhan hablur ini telah menjadi bidang penyelidikan yang kian berkembang.

Penghabluran menjadi menarik kerana kemampuannya untuk melakukan penghasilan semula bagi sejumlah proses dan tabii hablur. Hal ini keran, jujukan atom, ion atau molekul bagi hablur adalah tersusun dalam kelakuan lazim yang terbatas, manakala permukaan hablur dapat dilihat perbezaannya. Secara umumnya, hablur hanya membenarkan unit pertumbuhan skala-molekul yang serupa yang melekatkannya kepada kekisi hablur. Hasilnya, hablur didapati mempunyai kemampuan yang tinggi untuk melakukan teknik pemisahan.

Lazimnya, bahan pepejal adalah berupa hablur, mithalnya gula, garam, berlian, kuartz, isikel dan salju. Selebih dari itu, terdapat juga bahan yang tidak dapat dikenali secara langsung sebagai hablur sama ada kerana saiznya yang terlalu keil atau kemungkinan besarnya kerana bahan tersebut terbentuk dalam bahan komposit. Demikian juga, simen turut mengandungi bahan berhablur iaitu kalsium hidroxide dan silkat; cat mengandungi hablur pigmen; kebanyakan bahan farmaseutikal tersedia dalam keadaan berhablur dan dalam bentuk serbuk; serbuk membasuh turut merupakan campuran karbonat yang berhablur; telur juga terdiri daripada kalsium karbonat yang berhablur, sementara tulang dan gigi mengandungi kalsium phosphates.

Sifat hablur seringkali tidak stabil kerana sifatnya yang anistropik. Hablur bertumbuh dan melarut pada kadar yang berbeza dalam arahan berbeza, dan ditambah lagi dengan sifat mebiasnya, serta pemalar pengembangan terma dan keberaliran elektrik adalah bergantung secara langsung, sepertimana ciri-cirinya yang mekanikal.

Hablur lazimnya terdiri daripada sebarang saiz daripada beberapa nanometer (fasa aktif dalam mangkin), melalui submikrometer (pigmen, farmaseutikal, halida perak, dalam emulsi fotografik) hinggalah kepada beberapa milimeter (garam, gula dan berlian). Saiz yang beragam ini tidak melambangkan kehablurannya. Penghasilan hablur yang terjadi pada saiz yang kecil daripada beberapa mikrometer secara tradisinya dirujuk sebagai pemendakan.

No comments: